M Update, 26/01/2021 – Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok bersempena sambutan Thaipusam, diberi selepas pihak berkuasa mengambil kira perayaan itu merupakan upacara penting sambutan berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, program itu perlu mematuhi syarat…
M Update, 26/01/2021 – Prosedur operasi standard (SOP) berhubung operasi sektor perkilangan dan pembinaan di negara ini wajar diperketatkan bagi membendung penularan COVID-19. Presiden Gabungan Persatuan Anak Negeri (GAPAN), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, berkata tindakan itu perlu kerana kedua-dua sektor berkenaan dikenal pasti antara penyumbang tertinggi kes positif…
M Update, 26/01/2021 – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Program Cakna Veteran ATM-Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir di lima negeri, dijangka bermula esok hingga 31 Januari ini. JHEV ATM Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan rekod, seramai 228 veteran ATM di Pahang…
M Update, 26/01/2021 – Dua dokumen perlu dikemukakan sebelum dibenarkan merentas negeri, bagi badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari luar Pahang yang merancang menghantar bantuan bencana kemanusiaan ke negeri itu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata, dua dokumen itu ialah pengesahan surat kelulusan merentas…
M Update, 26/01/2021 – Penggunaan katil oleh pesakit COVID-19 di Hospital Lahad Datu, di sini, kini mencapai tahap 91.4 peratus membabitkan seramai 128 pesakit. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ia diikuti Hospital Queen Elizabeth (HQE) dengan kadar penggunaan katil oleh pesakit COVID-19 sebanyak 80.2…
M Update, 26/01/2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat suntikan semangat dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 apabila 95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sesi libat urus antara kedua-dua pihak itu adalah satu perkembangan baik yang melibatkan pertukaran…
M Update, 26/01/2021 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP. Sehubungan itu, katanya, PKP…
M Update, 26/01/2021 – Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus dengan membuat ordinan baharu tanpa perlu melalui proses…
M Update, 26/01/2021 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 52 batu nautika tenggara Pulau Perak, Kedah petang semalam. TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan pengusiran itu dilakukan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa melalui Op Benteng Laut. “KD Mahawangsa yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut…
M Update, 25/01/2021 – Penyampai radio, Shuk Sahar digantung perkhidmatan daripada stesen Hot FM, mulai hari ini. Menerusi kenyataan media, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan, perkhidmatan Shuk digantung serta merta. Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM melakukan siasatan dalaman…