M Update, 15/2/2021 – Rakyat negara ini perlu berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli politik – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sentimen kaum sememangnya menjadi cabaran utama dialami hampir semua negara yang berbilang kaum.
Justeru rakyat negara ini perlu mengelakkan pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum.
Rakyat negara ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan di negara yang kita kecapi ini demi matlamat peribadi.
Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara.