Input your search keywords and press Enter.

Bazar Ramadan Tahun Ini Mungkin Dibenarkan

M Update, 16/03/2021 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menolak kemungkinan bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada tahun ini.

Beliau berkata, kebenaran itu akan dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan pembukaannya kelak lebih kemas dan berkesan dengan pematuhan penuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

“Saya rasakan dengan keadaan sekarang yang mana kita sudah buka banyak aktiviti ekonomi termasuk pasar raya, maka (bazar Ramadan) sudah boleh dibuka. Mungkin SOP operasinya akan diteliti lagi supaya lebih kemas dan efisyen.

“Jika tiada masalah dengan pembukaan pasar, maka pasar Ramadan boleh buka. Maka Insya-Allah kita akan bincang dan boleh dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Penggunaan Teknologi Sentuhan Rendah di Pasar Ayam Amanjaya di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka memberi bayangan untuk membenarkan bazar Ramadan dibuka pada Ramadan tahun ini. – BH Online