Kereta perisai keluaran Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) dibantu oleh Pasukan Uji Nilai Tentera Darat dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) melepasi ujian pemanduan ATM.
Ujian-ujian yang dilakukan adalah menurut piawaian yang ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia – setanding dengan ujian-ujian untuk kenderaan dari jenama luar.
Ujian bersama ATM sendiri meliputi jarak perjalanan lebih dari 1,000 km. Sebelum itu, MILDEF sudah menguji prototaip ini untuk ribuan kilometer bagi memastikan ia setanding dengan produk-produk antarabangsa – Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa
Ujian-ujian bermula sejak bulan Februari lalu dan HMAV tersebut dipandu ke hampir seluruh Semenanjung Malaysia.
Antara ujian-ujian yang dilakukan ialah ujian pemanduan tanpa bebanan, ujian mendaki bukit di jalanraya awam. ujian bebanan satu tan, ujian di kawasan berpasir, ujian “winching”, ujian penggunaan bahan api, ujian brek, ujian berhalangan, ujian “offroad”, ujian dengan pasukan tentera dan pelbagai lagi
Halaju maksimum HMAV ini ialah 110 kmsj dan ia direka untuk membawa pasukan tentera dari satu lokasi ke satu lokasi lain dengan kelajuan tinggi.
Mildef ditubuhkan dalam tahun 2005 dengan nama asalnya, Kembara Suci Sdn Bhd dan ia menjadi antara kontraktor utama dalam sektor penyelenggaraan, baikpulih (MRO), kejuruteraan balikan, pembekal track-link dan tayar run-flat serta pelbagai lagi teknologi kenderaan ketenteraan.
MILDEF 4X4 HMAV direka dan dibina oleh tenaga tempatan dengan tujuan untuk menurunkan kos pembelian dan kos operasi ATM
Kredit: http://Careta.my