M Update, 16/04/2021 – Orang ramai perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan tujuh daerah di negeri ini yang berkuatkuasa, hari ini.
Jika masih menggunakan surat kebenaran untuk pergerakan sebelum ini, pihaknya bimbang akan berlaku salah guna. Jika surat itu masih sah, kita nasihatkan agar mereka mendapatkan yang baharu kerana selain sudah lusuh, ia juga berbentuk salinan dan bukannya asal, kita khuatir akan ada yang mengambil kesempatan.
“Mungkin mereka akan gunapakai borang lama kerana seperti mana yang kita maklum, kalau pergerakan untuk perniagaan, kita benarkan sebab untuk menjana ekonomi. Bagaimanapun, jika masih berdegil (dapatkan surat kebenaran baharu), kita akan kenakan tindakan kompaun,” katanya kepada pemberita di sekatan jalan raya bawah Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.
Sekatan sempena PKP kali ini akan diperketatkan selaras dengan saranan pengurusan tertinggi yang hanya membenarkan kes tertentu sahaja dibenarkan membuat pergerakan rentas daerah atau negeri. Katanya lagi, ia bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan dokumen atau sebagainya dan diharapkan orang ramai dapat mematuhi syarat yang dikenakan.
Disebababkan itu pemeriksaan di sekatan jalan raya kali ini diperketatkan dan saya harap orang ramai tidak merungut jalan raya sesak kerana memang tugas kita menyekat kenderaan yang tidak ikut peraturan,” katanya. -Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat,