Input your search keywords and press Enter.

BERHENTILAH MERUNGUT DAN SALAH GUNA KEBENARAN WAHAI RAKYAT MALAYSIA! KITA MASIH BELUM MENANG!

Setelah berakhirnya minggu pertama Syawal, Jabatan Netijen Malaysia dengan pantas dan tuntas mula bekerja tanpa berbayar dan tugas pertama mereka adalah untuk menghentam gambar yang tular di medsos berkenaan lingkaran kereta di lebuhraya negara khasnya yang datang dari Pantai Timur. Jika sebelum ini mereka sibuk mengecam golongan kayangan tetapi setelah selamat kita berhari raya, makin lama tembelang rakyat marhaen Malaysia semakin terbongkar! Bukan kayangan je yang buat kerja rentas merentas dan salah guna permit rentas negeri dan daerah ni, sebenarnya rakyat biasa pun dua kali lima, malah lebih teruk dari kayangan pun ada tau!

Dari kem yang salah guna permit ni, dan-dan je komen cakap kereta yang berlingkar tu adalah mereka yang terpaksa bekerja di minggu pertama Syawal. Tapi nampak gayanya alasan itu sangatlah tak boleh pakai,nampak benor menipunya kan? Kerja apa tu di pagi 1 Syawal? Kerja ofis ke, kerja melantak ketupat, lemang dengan rendang sambil salam kedua orang tua? Mentang-mentang lah dapat surat dari MITI, boleh pula dia angkut 1 famili balik kampung ye? Apa hazab punya perangai daa..

Tapi kalau kita selidik dan gali dengan lebih dalam, sebenarnya rakyat Malaysia ni memang pakar segala pakar kalau nak cari kabel dan lubang untuk buat benda-benda haram ni. Mereka boleh wujudkan macam-macam alasan dan guna kabel sampai dasar laut lah untuk lepaskan diri. Dari komen di media sosial, ada yang sengaja guna alasan PJJ untuk hantar anak dan isteri ke kampung dulu, supaya masa raya nanti boleh guna alasan sama untuk ambil anak dan isteri pulang ke rumah tapi tarikh nak ambil anak beranak tu boleh pula jatuh pada 1 Syawal kan? Ada pula tu yang lagi hina sampai edit dan palsukan letterhead syarikat yang ntah wujud atau tak untuk melunaskan niat nak jumpa ibu dan ayah di kampung. Pihak berkuasa pula kalau dah ada letterhead rasmi dan alasan yang memang tertakluk dalam SOP, takkan tak nak bagi pula kan? Kalau tak bagi dia canang dan viralkan sekampung sambil kutuk polis hambur macam-macam makian.

Demi melayan nafsu, sanggup rakyat kita menipu dan membelakangkan agama kan? Tu satu hal, dengan ancaman menyebarkan Covid ke kampung pun satu hal lagi. Pelik sungguh mereka ni tak ada rasa bersalah atau takut yang mereka boleh jangkitkan penyakit berbahaya yang semakin mengganas ni pada ibu bapa dan keluarga di kampung. Tengok je lah kronologi macam mana gelombang kedua dan ketiga Covid ni terjadi di Malaysia. Dari PRN di Sabah pada tahun lepas sehinggalah kini memang tak nampak lagi bayangan yang pandemik ni bakal reda di negara kita. Selain PRN ni aktiviti rentas negeri dan daerah turut mencetuskan bermacam-macam kluster yang mengakibatkan kematian orang yang tidak bersalah.

Pada akhir tahun lepas contohnya, seorang warga Sarawak dari Semenanjung telah pulang ke kampungnya di Sibu untuk menziarahi kematian ayahnya lantas mencetuskan kluster di rumah panjang yang mengakibatkan 2600 kes dengan 29 kematian. Ini baru satu kes. Yang berlingkar-lingkar di jalan raya baru-baru ni kalau semua kereta tersebut membawa virus Covid, boleh kah bayangkan betapa jahanamnya keadaan negara? Sekarang pun penggunaan ICU dan ventilator dah sampai tahap kritikal, lagi nak tambah bala ke wahai rakyat Malaysia sekalian?

Sekarang dah terang lagi bersuluh yang sebenarnya rakyat sendiri yang gagal untuk menahan diri dari menyebarkan Covid dan menyusahkan frontliner KKM kita. Dengan menipu dan menyalahguna permit, sengaja hantar anak bini balik kampung supaya dapat sambut raya dengan keluarga di kampung, berjumpa dan berziarah hari raya di shopping mall dan macam-macamm jenis kesalahan yang tak masuk dek akal. Kerajaan penat rangka SOP tapi ada juga yang seolah-olah mencabar SOP ketat kerajaan ni. SOP dibuat untuk keselamatan rakyat tapi nampaknya ada yang suka menganjing-anjingkan SOP ni dan saban hari meratib kononnya kerajaan telah gagal. Yang sebenarnya ni semua adalah golongan yang hanya akan insaf bila dah masuk ICU dengan nafas yang tercungap-cungap.

Dari dok sibuk laung #KerajaanGagal apa semua tu, ketahuilah yang sebenarnya gagal adalah rakyat Malaysia yang tamak haloba dan tak boleh nak tahan nafsu serakah nak rentas negeri nak rentas daerah dan tak habis-habis nak berkerumun di shopping mall. Dah tau peperangan kita dengan Covid masih belum nampak bayangan nak menang tu, tolonglah jangan menyusahkan kerajaan dan frontliner kita dah, sanggup ke rakyat semua termasuk dalam statistik Covid negara atau lebih teruk dimasukkan dalam kontena-kontena yang baru dibina untuk letak jenazah mangsa Covid?

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update