Buat mereka yang bekerja di restoran atau kedai makan, mereka perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan pelanggan. Setiap pelanggan ada ragamnya yang tersediri, tetapi ia bukan penghalang untuk memberikan layanan yang terbaik buat pelanggan.
Seperti yang telah dihadapi oleh Azizul Dean yang merupakan seorang pekerja di Baskin Robbins. Dia berkongsikan pengalamannya berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai masalah pekak dan bisu.
Difahamkan, ia merupakan pengalaman pertama buat dirinya sejak setahun bekerja. Oleh sebab itu, dia tidak tahu cara untuk berhubung dengan pelanggan tersebut tetapi mujur ada rakannya yang boleh berbahasa isyarat.
Menurutnya juga, mereka tidak berkomuniasi melalui tulisan kerana memikirkan proses itu agak rumit dan tidak mahu membuang masa. Azizul juga berkata dia ingin memastikan pelanggan tersebut berpuas hati dan mendapatkan apa yang diinginkannya dengan layanan yang terbaik.
Tindakan Azizul dan rakannya itu telah mendapat reaksi positif daripada warganet. Ramai yang mengatakan bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk orang ramai belajar bahasa isyarat.
Sumber : dailymakan.com