M Update, 7/12/2021 – Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan terus memberi bantuan secara langsung sama ada secara tunai atau subsidi dan bantuan tersebut terus disalurkan khususnya kepada rakyat dan segmen perniagaan yang terkesan susulan pandemik ini.
Antara inisiatif yang diberikan kepada rakyat, termasuk menyediakan geran bantuan bagi meningkatkan pendapatan dan mengekalkan pekerjaan.
Bagi golongan usahawan pula, diberi akses untuk mendapatkan pembiayaan kewangan bagi menjana pendapatan serta menceburi perniagaan mikro.
Terima kasih kerajaan kerana prihatin.