Input your search keywords and press Enter.

Bot Karam – Helikopter Digerak Cari Mangsa Masih Hilang

M Update, 17/12/2021 – Masih berbaki 17 orang lagi mangsa bot karam di Pantai Tanjung Balau yang masih hilang belum ditemui.

Berikutan itu, 3 helikopter iaitu sebuah helikopter AW139 dari APMM, sebuah dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala sebuah lagi helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), digerakkan bagi pencarian udara.

Op Carilamat diteruskan bagi mencari mangsa yang masih hilang. Kawasan pencarian diperluaskan sehingga 214.8 batu nautika persegi membabitkan Tanjung Balau hingga ke Tanjung Penawar.