M Update, 24/12/2021 – Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob tiba di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab pagi tadi terus meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir di PPS berkenaan.
Terdapat 938 mangsa daripada 336 keluarga masih mendapatkan perlindungan di SJKC Mentakab, berikutan banjir di kawasan masing-masing belum surut sepenuhnya.
Perdana Menteri sempat bertanya mengenai kebajikan mereka di PPS berkenaan dan berkongsi rasa simpati atas bencana yang menimpa.