Input your search keywords and press Enter.

Banjir : Jumlah Mangsa Semakin Menurun

M Update, 28/12/2021 – Sebanyak 21,544 mangsa banjir daripada 6,563 keluarga dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri (Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan) malam tadi.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 21,846 petang semalam, dengan  kesemua mangsa ditempatkan di 138 PPS.

Di SELANGOR – Jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 8,644 mangsa di 45 PPS berbanding 8,715 mangsa di 46 PPS.

Di NEGERI SEMBILAN – Jumlah mangsa banjir menurun kepada 58 individu daripada 19 keluarga berbanding 82 mangsa daripada 26 keluarga.

Di PAHANG – Jumlah mangsa banjir sebanyak 12,692 direkodkan masih ditempatkan di 90 PPS di enam daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bentong dan Bera.


Di KELANTAN – Jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan apabila 152 orang daripada 46 keluarga berbanding 218 orang daripada 69 keluarga sudah pulang ke kediaman masing-masing.


Di MELAKA – Jumlah mangsa banjir masih kekal 26 orang daripada lapan keluarga.