M Update, 29/12/2021 – Akhirnya ‘Long Tiger’, bersama tiga individu dipercayai rakannya telah direman empat hari oleh Mahkamah Majistret.
Perintah tahanaan reman terhadap Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lagi lelaki masing-masing berusia 36, 38 dan 46 tahun sehingga 1 Januari itu, dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin.Penahanan ‘Long Tiger’ yang ditahan di Sungai Petani petang semalam, bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan manakala tiga lagi individu itu disiasat mengikut Seksyen 216 Kanun sama kerana menyembunyikan tahanan.
Sebelum ini, ‘Long Tiger’ yang menjadi buruan polis selepas meloloskan diri dari tahanan sejak 15 Disember lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8 pagi dengan dikawal ketat oleh kira-kira 20 pegawai dan anggota polis.