M Update, 30/12/2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah melaksanakan persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir di empat negeri dengan kesiapsiagaan seramai 5,525 anggota.
Jumlah itu merangkumi 2,817 pegawai bomba, 628 pegawai bomba bantuan dan 2,080 pasukan bomba sukarela. Seramai 1,889 anggota membabitkan 33 balai bomba di Sungai Mersing, Johor diikuti 1,660 anggota dari 26 balai di Sungai Pahang, Sungai Kuantan serta Sungai Rompin, Pahang diarah agar bersedia menghadapi bencana banjir.
964 anggota membabitkan 17 balai bomba di Sungai Besut, Sungai Dungun dan Sungai Terengganu, Terengganu serta 1,012 anggota dari 21 balai di Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Kelantan.
JBPM akan sentiasa kemas kini serta memantau keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia menggerakkan lebih banyak aset dalam apa jua kemungkinan.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara sebelum ini mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu bermula 31 Disember ini manakala di Pahang dan Johor mulai 1 Januari 2022.