M Update, 27/04/2022- Rakyat Malaysia Nagaenthran Dharmalingam menjalani hukuman gantung di sini, awal pagi ini dan mayatnya akan dibawa pulang ke Ipoh hari ini.
Semalam, Mahkamah Rayuan Singapura, menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.
Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.
Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia. – HM