M Update, 07/03/2023 – Maybank dan CIMB setuju memberikan morotarium pinjaman selama enam bulan kepada mangsa banjir di Johor.
Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam, Menteri Besar Johor, memohon pertimbangan Perdana Menteri agar moratorium antara tiga hingga enam bulan diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas di Johor. Dengan adanya moratorium ini akan dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan.
Onn Hafiz berharap supaya semua mangsa banjir boleh diberikan sedikit kelegaan dari segi moratorium dalam tempoh berkenaan.
Bencana banjir di Johor kali ini dianggap terburuk apabila hampir 50,000 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di semua 10 daerah di negeri Johor.