M Update, 14/03/2023 – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri. Beliau juga telah meminta Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan menyegerakan perkara itu.
Ini supaya dapat meringankan golongan memerlukan dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.
Beliau juga berkata STR Fasa 1 telah diedarkan pada bulan Januari dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan membuka permohonan baharu untuk STR.
Setakat 13 Mac lalu, seramai 320,103 orang sudah pun mendaftar dan (mereka) yang layak, saya minta dipohon segera sebelum 31 Mac ini supaya dapat dikeluarkan dana ini pada Ramadan,” katanya