M Update, 30/03/2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima mulai 5 April ini.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam.
Manakala pembayaran fasa ketiga pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober depan.
Sebelum ini, Anwar meminta Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan supaya menyegerakan pengagihan pembayaran STR dipercepatkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri. Ini supaya dapat meringankan golongan memerlukan.