M Update, 04/07/2023 – Parti politik yang bertanding diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif sepanjang tempoh berkempen khususnya berkaitan 3R.
Ini bagi mengelakkan wujudnya kegusaran awam dan mencetuskan rasa tidak harmoni dalam kalangan rakyat sepanjang proses PRN itu nanti.
Polis Diraja Malaysia akan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu nanti.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga mengingatkan parti politik agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada khususnya yang berkaitan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Akta Hasutan.
Selain itu, beliau menasihati parti politik yang bertanding agar memohon permit ceramah lebih awal bagi memudahkan urusan kelulusan. Ini bagi mengelak berlakunya pertembungan dengan parti lain di satu-satu kawasan ketika mereka berceramah.