M Update, 29/01/2024 – Syukur, ramai yang senyum sampai telinga hari ni. Bayaran bagi Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 telah pun disalurkan bermula hari ini. Bayaran maksimum bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih daripada 66% kepada RM500, ketimbang RM300 pada tahun lalu.
Kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI – PM DS Anwar Ibrahim