M Update, 13/02/2024 – Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan telah menerima ugutan ancaman bom menerusi e-mel rasminya pagi semalam. E-mel tersebut telah dikirim daripada ‘Takahiro Karasawa’.
Setakat ini, katanya, polis Johor menerima dua laporan berkaitan e-mel ancaman berkenaan.
Setelah disemak, e-mel tersebut dihantar menggunakan alamat sama seperti pernah dihantar ke beberapa pihak pada Disember tahun lalu dan ternyata menggunakan akaun palsu.
Motif sebenar pengirim e-mel berkenaan tidak dapat dipastikan namun siasatan terus dijalankan.