M Update, 15/02/2024 – Selain Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pihak polis turut menjalankan siasatan insiden kemalangan pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Klang, Selangor baru-baru ini – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Pesawat yang dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi sebelum dilaporkan terhempas pada 1.45 tengah hari.
Juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, disahkan maut dalam nahas terbabit.
Dakwaan yang mengatakan pesawat berkenaan tidak mempunyai kotak hitam, kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) telah menyukarkan siasatan mengkaji punca nahas berkenaan.