M Update, 04/02/2024 – Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak bercadang memperketat syarat pembaharuan lesen memandu kepada semua pemegang lesen kenderaan termasuk keperluan mengemuka laporan kesihatannya.
Jika langkah sedemikian dilaksana, ia akan menimbulkan bantahan ramai pihak dan menambah birokrasi dalam urusan perbaharui lesen memandu.
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ini.
Laporan kesihatan hanya terpakai untuk pemegang khas lesen kenderaan perdagangan perlu ada laporan kesihatan dan sebagainya. Tapi untuk pemegang lesen B (penuh) umpamanya, tidak diperlukan.
Namun, MOT akan sentiasa menyemak dan menambah baik kaedah-kaedah berkaitan pengangkutan jalan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan jalan raya berada pada tahap yang tinggi.