M Update, 08/03/2024 – Genap 10 tahun telah berlalu, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 masih terpahat di dalam ingatan.
Sedekad lamanya dunia melontarkan persoalan sama: apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH370 yang hilang???
Seramai 227 penumpang dari 14 negara dan 12 anak kapal warga Malaysia itu menjadi bualan dunia sehingga kini.
Hari ini juga, belum ada jawapan yang mampu menyembuh luka keluarga dan mengeringkan air mata waris mangsa.
Hari ini bukan pengakhirannya. Jika usaha pencarian dilancarkan semula, katanya, kos perbelanjaan tidak seharusnya menjadi isu kerana dunia mahu merungkai misteri di sebalik tragedi penerbangan itu.