M Update, 18/03/2024 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi, hari ini.
Majlis Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan YA Dato’ Hanipah Farikullah dan YA Dato’ Vazeer Alam Mydin Meera.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, YA Su Tiang Joo YA Alexander Siew How Wai Dan YA Amelati Anak Parnell.
Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; serta Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Turut hadir, YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg Dato’ Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Peguam Negara dan Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.