M Update, 03/04/2024 – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 akan dilaksanakan berkuat kuasa mulai Jumaat ini, 5 hingga 19 April 2024 yang melibatkan sebanyak 22 jenis barangan.
Barangan yang diwartakan dalam skim berkenaan terdiri daripada tomato, cili merah, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing), kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang kuning besar dan kelapa biji.
Pegawai-pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan sentiasa melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah barangan keperluan perayaan.