M Update, 19/04/2024 – Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Lebih 20,000 penumpang dipercayai terjejas berikutan penggantungan semua penerbangan berjadual keluar masuk dari lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan semalam.
Beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah, dan Sarawak dibatalkan semalam berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.
Namun, AirAsia telah pun mengoperasikan semula 19 penerbangan yang membabitkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu, selepas banyak penerbangan terjejas susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Senarai penerbangan yang dioperasikan semula ialah AK5242 (KUL-BTU), AK5243 (BTU-KUL), AK5218 (KUL-KCH), AK5219 (KCH-KUL), AK5874 (KUL-SBW), AK5875 (SBW-KUL), AK5234 (KUL-KCH), AK5211 (KCH-KUL), AK5037 (JHB-SBW), AK5038 (SBW-JHB), AK5229 (KCH-KUL), AK5228 (KUL-KCH), AK6460 (KCH-SBW), AK6461 (SBW-KCH), AK5507 (KCH-KBR), AK5508 (KBR-KCH), AK1776 (SIN-KCH), AK6057 (BTU-KCH) dan AK5232 (KUL-KCH).
Apa-apa pun AirAsia akan terus memantau keadaan letusan Gunung Ruang dan memberi maklumat tambahan mengenai perkembangan terkini.