M Update, 22/04/2024 – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi sambung reman hari ini.
Reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu, bermula esok sehingga Sabtu iaitu 27 April 2024.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Hafizul disyaki mahu menembak isterinya, namun satu das tembakan mengenai pengawal peribadi wanita terbabit menyebabkannya cedera pada bahagian perut.
Suspek bertindak melarikan diri, namun berjaya ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan selepas 36 jam melarikan diri.