M Update, 11/07/2024 – Individu yang mahu menjadi penguat kuasa sama ada polis, tentera atau agensi penguatkuasaan lain perlu mempunyai serta memiliki nilai dan jati diri yang tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tugas menjadi seorang penguat kuasa adalah mencabar selain mempunyai tanggungjawab yang besar.
“Kalau dengan latihan kecekalan maka nak jadi polis yang baik, ahli politik yang baik mesti dengan latihan dan nilai betul.
“Penguat kuasa perlu berdisiplin tinggi dengan semangat yang kental dan nilai yang baik bermula dari dalam diri, agenda perubahan kalau nak angkat martabat tak boleh dengan cara lama dan orang marah saya cakap pasal tatakelola, saya tak peduli,” katanya.
Anwar menambah, tindakan melakukan sesuatu jenayah juga dapat dikesan dalam masa yang singkat.
“Apabila ada pegawai yang terlibat sindiket jenayah dan kes rasuah, kesannya akan disaksikan dengan cepat,” katanya. – Sinar Harian