Input your search keywords and press Enter.

Abai Anak Tidur Di Kaki Lima, Suami Isteri Ditahan

M Update, 12/07/2024 – Polis menahan suami isteri selepas disyaki menghalang anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun daripada memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima flat di Pasir Gudang. semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan pasangan itu yang berusia 54 dan 56 tahun ditahan jam 10.30 malam kerana didapati mengabaikan remaja itu sejak 7 Julai lalu.

“Polis yang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu bertindak menyelamatkan remaja itu semalam, selepas mengesan video tular berhubung perkara itu.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka negatif dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar memaparkan seorang remaja lelaki dibiarkan tidur di kaki lima sebuah flat perumahan yang dimuat naik pengendali akaun Facebook ‘Group Komuniti Taman Air Biru’.Bagaimanapun, hantaran itu dipercayai sudah dipadam dan tidak bolek diakses.