Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2024

BNM Perjelas Pelaksanaan Pembayaran Bersama Produk MHIT

M Update, 09/07/2024 – Pelaksanaan perkongsian kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan (MHIT) ke atas syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) bermula 1 September ini dibuat bagi menangani inflasi kos perubatan yang terus meningkat. Bank Negara (BNM) dalam satu kenyataan berkata, berkuat kuasa tempoh…

Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib – Agong

M Update, 09/07/2024 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan. Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum…

Kerajaan Tidak Abai Kaum India – PM

M Update, 09/07/2024 – Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata sebelum ini kerajaan telah menyalurkan RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia…

Agong, Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Ahad Ini

M update, 05/07/2024 – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan…

Tiada Kos Tambahan Kepada Pelanggan Bagi Rangkaian 5G Kedua – Fahmi

M Update, 05/07/2024 – Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua Malaysia tidak akan memindahkan sebarang kos kepada pengguna. Menterinya Fahmi Fadzil berkata MNO telah memberi jaminan bahawa tiada kos tambahan dikenakan terhadap pengguna selepas pelancaran rangkaian kedua. “Kami mempunyai komitmen daripada…

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Guna Rekaan Rizman Ruzaimi

M Update, 04/07/2024 – Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai ini. Memetik laporan The Star, perkara itu disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk…