Input your search keywords and press Enter.

Naikkan Gaji Minimum Tindakan Berani Kerajaan Perpaduan – PM

M Update, 29/10/2024 – Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan menaikkan kadar baharu itu juga sebagai berani, kerana tiada sebarang keputusan dapat dicapai sekiranya hanya menunggu kata putus daripada pihak syarikat.

Perdana Menteri berharap supaya semua syarikat dapat memberi kerjasama dalam pelaksanaan kadar baharu gaji minimum yang akan berkuat kuasa Februari tahun depan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lepas, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan, iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.