Input your search keywords and press Enter.

11 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Kemboja Berjaya Diselamatkan

M Update, 6/11/2024 – Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya membawa pulang 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja baru-baru ini.

Terima kasih kepada pihak berkuasa Kemboja atas kerjasama dan bantuan mereka dalam menyelamatkan serta memudahkan kepulangan mangsa ke Malaysia. Kerajaan terus meningkatkan usaha untuk menangani isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Rakyat Malaysia yang berhasrat mencari pekerjaan di luar negara agar berwaspada dan menyemak terlebih dahulu kesahihan pekerjaan yang ditawarkan. Paling penting perlu patuhi undang-undang dan peraturan imigresen semasa melakukan perjalanan ke luar negara.