
M Update, 19/06/2025 – Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dijangka dikuat kuasa tidak lama lagi selepas proses berkaitan dimuktamadkan, menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, ketika ini beliau menunggu draf akta berkenaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Setelah draf tersebut disiapkan dan saya menandatangani pewartaan, ia akan berkuat kuasa.
Satu jawatankuasa juga akan dibentuk oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said selepas akta itu berkuat kuasa. Jawatankuasa itu kelak akan mempunyai kuasa kawal selia terhadap pelaksanaan akta tersebut, contohnya mengenai takrifan apa yang dimaksudkan dengan kemudaratan dalam talian.
Sebelum ini, Azalina berkata, undang-undang itu akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja Menteri Komunikasi menandatangani perintah penguatkuasaan sekali gus membolehkan kerajaan bertindak segera untuk menurunkan kandungan yang menyalahi undang-undang.
Di bawah akta itu, penyedia platform juga diwajibkan mematuhi tanggungjawab penjagaan yang ditetapkan.
Azalina berkata, meskipun Akta Keselamatan Dalam Talian memberi tumpuan kepada kawal selia platform dan tanggungjawab digital, sebarang isu melibatkan kanak-kanak juga perlu dilihat melalui kerangka Akta Kanak-Kanak 2001.
toto slot kampungbet monperatoto slot 4d monperatoto kampungbet kampungbet kampungbet