Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

February 2026

Jangan Terpedaya! Tiada Bantuan Ramadan & Kredit E-Tunai

M Update, 23/02/2026 – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan atau Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang sedang tersebar di media sosial. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak menekan pautan yang mencurigakan serta tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak atau sumber yang tidak sah. Sebarang…

Tarif AS Jadi Agenda Kabinet Jumaat Ini

M Update, 23/02/2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Kabinet akan membincangkan secara lanjut isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ini. Menurut beliau, kerajaan akan memberikan maklum balas rasmi selepas perbincangan tersebut. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama…

Tragedi Keluarga: Empat Mangsa Dikebumikan Satu Liang

M Update, 19/02/2026 – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Budaya Cherating apabila jenazah lima sekeluarga yang ditemui maut semalam selamat dikebumikan di situ. Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama menantunya, Nurul Asshiykin Kamarulzaman, 33, serta dua cucunya, Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Nur…

Bayar Tol Kini Hanya Guna Nombor Plat, 200K Dah Guna!

M Update, 19/02/2026 – Kira-kira 200,000 pengguna telah memuat turun aplikasi baharu JustGO Malaysia yang diperkenalkan bagi sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) di Lebuhraya Utara-Selatan. Projek perintis ANPR oleh PLUS Malaysia Bhd dilaksanakan di kawasan utara melibatkan sembilan plaza tol di jajaran Hutan Kampung…

12 Geng Richi, Geng Vincent Didakwa Di Mahkamah Johor Bahru

M Update, 13/02/2026 – Seramai 12 individu termasuk seorang wanita dan remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam atas pertuduhan menjadi ahli dua kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu. Kedua-dua kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan kedai serta sindiket pemerasan seksual…

Kebebasan Bersuara Perlu Seiring Prinsip Kedaulatan Undang-undang – PM

M Update, 12/02/2026 – Kebebasan bersuara tidak seharusnya mengatasi kepentingan perpaduan negara dan kedaulatan undang-undang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia perlu terus mengekalkan keharmonian dengan menghormati sensitiviti semua pihak serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Menerusi satu video yang dikongsikan,…

Polis Tahan Empat Individu Susulan Insiden Roboh Kuil di Rawang

M Update, 12/02/2026 – Empat lelaki tempatan berusia 26 hingga 39 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian merobohkan sebuah kuil di Rawang tanpa perbincangan dan tanpa memaklumkan pihak berkuasa tempatan pada Rabu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada hari sama dan…

KPM Perkenal Kurikulum Baharu Secara Berperingkat Mulai 2027

M Update, 11/02/2026 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan kurikulum baharu secara berperingkat mulai tahun hadapan bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dan bersesuaian dengan keperluan masa depan. Menurut Timbalan Menteri, Wong Kah Woh, fasa awal pengenalan kurikulum baharu itu akan melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada…

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah: Mahkamah Perintah Pampasan RM1.43 Juta

M Update, 11/02/2026 – Seramai 17 ahli keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat bersama 14 bekas pelajarnya berjaya memperoleh pampasan berjumlah RM1.43 juta selepas memenangi sebahagian tuntutan dalam saman fitnah yang difailkan terhadap pemilik pusat tahfiz berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).…