M Update, 18/12/2019 – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau telah menyelesaikan 131 daripada 159 aduan pengguna sepanjang tahun ini – Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi.
Daripada bakinya itu, 11 masih dalam siasatan, manakala selebihnya diserahkan kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan lanjut.
Pada tahun ini, KPDNHEP telah membuka 160 kes membabitkan barang rampasan bernilai RM606,334 dan kompaun berjumlah RM35,950.
Sumber : Bernama