Input your search keywords and press Enter.

Degil! Padah Guna Pengkalan Haram

Foto PGA

M Update, 18/12/2024 – Tindakan berani seorang pemandu bot membawa dua lelaki menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram Pohon Jambu di sini membawa padah apabila ditangkap Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu pada Selasa.

Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram menyebabkan mereka disiasat bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Tangkapan dilakukan pada jam 4 petang dengan menahan sebuah bot dari Thailand semasa menjalankan Op Taring Wawasan. Pemandu bot pada awalnya cuba melarikan diri namun berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan ke atas kesemua suspek tidak menjumpai apa-apa barangan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

PGA mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan rentas sempadan secara haram dari terus berleluasa di sempadan negara.