Input your search keywords and press Enter.

PRN Sabah: SPRM Buka Lima Bilik Gerakan

Foto Hiasan

M Update, 11/10/2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

SPRM dalam kenyataan berkata, bilik gerakan akan beroperasi 24 jam mulai semalam sehingga 5 Disember depan.

Orang ramai yang mempunyai aduan boleh menghubungi talian seperti berikut iaitu Pejabat SPRM Kota Kinabalu 017-8478740 / 088-488381; Pejabat SPRM Cawangan Sandakan 089-668746 / 011-18669877; Pejabat SPRM Cawangan Tawau 089-772743; Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu 089-8687695 dan Pejabat SPRM Cawangan Keningau 087-336761 / 016-5771521,” katanya.

SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras Akta Suruhanjaya SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.