Input your search keywords and press Enter.

Lima Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Raub

Foto: Bomba Pahang

M Update, 26/02/2026 – Lima sekeluarga, termasuk pasangan suami isteri dan tiga anak mereka, ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.35 pagi.

Foto: Bomba Pahang

Beliau berkata kesemua mayat berkenaan akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan, identiti lima mangsa rentung akan dimaklumkan pada sidang media jam 10.30 pagi ini.