IKEA Supply (Malaysia) akan membuka sebuah Pusat Pengedaran (DC) dengan nilai pelaburan sebanak RM900 juta di Pulau Indah Selangor. Ia merupakan pembinaan DC serantau terbesar di Asia Pasifik dan pembinaan itu telah dimulakan dan dijangka dibuka pada September 2020 bagi tujuan pengedaran ke pasaran Asia Tenggara dan India.
Selangor adalah lokasi terbaik bagi DC tersebut bukan saja kerana berhampiran gedung lain di rantau Asia Tenggara, namun turut disumbang oleh infrastrukturnya yang maju serta penawaran tenaga buruh. Pusat baharu itu akan membantu dari segi jangkauan kepada lebih ramai pelanggan di Asia Tenggara dan India malah, ia turut memudahkan serta melancarkan penawaran bekalan kelengkapan rumah yang diminati para pelanggan IKEA.