M Update, 4/2/2019 – Sekali dalam seabad berlaku banjir telah mengubah jalan-jalan menjadi sungai dan memaksa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka di timur laut Australia, dengan pihak berkuasa memberi amaran akan berlaku angin puting beliung dan hujan lebat dalam beberapa hari akan datang.
Utara tropika Australia mengalami hujan lebat dalam musim tengkujuh pada tahun ini, tetapi hujan lebat baru-baru ini adalah luar biasa. Beribu-ribu penduduk di bandar Townsville di Queensland tidak mempunyai bekalan kuasa dan jalan terputus.
Cuaca menjadi lebih teruk apabila berlaku angin puting beliung dan angin kuat yang bakal menyebabkan kerosakan teruk, kata pengurus negeri Biro Meteorologi Bruce Gunn. Sehingga 20,000 rumah juga berisiko banjir jika hujan berterusan.
Anggota tentera menghantar puluhan ribu guni pasir sebagai tembok kepada penduduk tempatan yang terjejas, Queensland Premier Annastacia Palaszczuk memberi amaran kepada penduduk agar berhati-hati. “Pada dasarnya cuaca dahsyat ini berlaku bukan hanya dalam dua puluh tahun, tetapi dalam seratus tahun,” katanya.
Biro Meteorologi berkata, monson yang bergerak perlahan ini berada di atas Queensland, dengan beberapa kawasan dijangka menerima lebih daripada setahun hujan tidak seperti sebelum ini.
Ahli Biro Meteorologi, Adam Blazak memberitahu bahawa hujan lebat akan berterusan sehingga Khamis, manakala banjir akan mengambil sedikit masa untuk surut walaupun hujan turun. Rantau ini menerima purata kira-kira 2,000 milimeter (6.5 kaki) hujan setiap tahun tetapi beberapa bandar sekitar sudah menerima cuaca seperti ini.
Sumber: AFP