Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memuktamadkan pelaksanaan sistem kad khas subsidi petrol secara bersasar seleway-lewatnya Juan atau Julai tahun ini. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak mereka memerlukan masa untuk mengenalpasti vendor tujuan menyediakan sistem yang memerlukan Kementerian Kewangan (MoF) menyediakan Permintaan untuk Cadangan (RFP).
Sejurus MoF memuktamadkan vendor, pihak MoF kemudiannya akan melaklumkan kepada KDPNHEP seterunya kedua-dua kementerian akan bersama-sama mengemaskini beberapara perkara berkaitan kerana KPDNHEP perlu memastikan program ini berjalan dengan lancer. Oleh demikian, komponen terpenting ialah senarai penerima subsidi bersasar ini perlu betul-betul yang berkelayakan menerimanya.
Senarai penerima sedang disediakan melibatkan 17 agensi, bukan sahaja Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malah banyak lagi.