Input your search keywords and press Enter.

Admin

4592 Articles0 Comments

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

M Update, 11/10/2024 – Malaysia menegaskan bahawa pendekatan diplomatik dan kerjasama melalui ASEAN adalah cara terbaik untuk menangani pertikaian di Laut China Selatan. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa walaupun China mendakwa sebahagian besar kawasan Laut China Selatan sebagai miliknya, Malaysia turut berpandukan undang-undang antarabangsa dalam menegaskan hak…

Kestabilan Politik Bolehkan Kerajaan Laksana Anjakan, Pulih Ekonomi

M Update, 10/10/2024 – Kestabilan politik yang dinikmati Malaysia ketika ini membolehkan kerajaan melaksanakan anjakan yang perlu untuk meningkatkan kesejahteraan dan memulihkan ekonomi negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, beliau menghargai kesediaan pemimpin politik, penjawat awam serta pihak swasta yang sanggup menerima hakikat bahawa negara tidak mampu…

BRICS: Malaysia Akan Suarakan Pandangan Tanpa Gentar

M Update, 08/10/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus lantang menyuarakan pandangannya mengenai isu global tanpa rasa gentar atau pilih kasih sekiranya dan apabila ia menyertai blok ekonomi BRICS yang ahli pengasasnya termasuk Rusia dan China. Beliau menegaskan Malaysia akan kekal bebas sebagai sebuah negara…

Larian Kontroversi: Tiada Toleransi Untuk Acara Tidak Senonoh, Lucah Di Johor

M Update, 07/10/2024 – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan negeri itu tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kelmarin. Tunku Mahkota Ismail bertitah, tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terbabit.…

Kerajaan Madani Pulih Keyakinan Pelabur Melalui Usaha Basmi Rasuah

M Update, 07/10/2024 – Komitmen kerajaan Madani untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebimbangan utama beliau dalam tempoh awal memegang jawatan tersebut ialah memulihkan reputasi negara terutamanya…

Anwar Terima Anugerah Awam Tertinggi Pakistan

M Update, 04/10/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan anugerah awam tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan, oleh Presiden negara itu Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr, hari ini. Terdahulu, Anwar yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara Asia Selatan itu, melakukan kunjungan hormat ke…

Sultan Selangor Perkenan Fatwa Berkaitan GISBH Menyeleweng

M Update, 04/10/2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berpuas hati dan meyakini bahawa pemimpin, ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings, (GISBH) serta rangkaiannya masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, zikir agung yang dibawa al-Arqam, yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam menurut Warta No. 54 pada 4 Februari 1993. Menerusi kenyataan…