Input your search keywords and press Enter.

Admin

4675 Articles0 Comments

Majlis Tahfiz Negara Bakal Dilancar Tahun Depan

M Update, 7/11/2019 – Penubuhan Majlis Tahfiz Negara dijangka dilancarkan selewat- lewatnya awal tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ketika ini terdapat beberapa isu berkaitan teknikal sedang dalam proses penyelesaian dan penelitian. “Sebagai sebuah majlis ia perlu ada pengerusi, anggota (yang akan membarisi…

Mahkamah Ditunjukkan cara seterika wap diguna pada Zulfarhan

M Update, 7/11/2019 – Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi semalam ditunjukkan dengan demonstrasi seterika wap yang digunakan tertuduh kedua pada mangsa. Bahan bukti kes itu dibawa masuk ke mahkamah selepas Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim memohon untuk melakukan…

Permohonan Laporan Perubatan Percuma Bagi Pemohon MySalam

M Update, 7/11/2019 – Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pesakit bagi proses permohonan laporan perubatan untuk memohon bantuan mySalam, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah mySalam, Johan Mahmood Merican. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua Pengarah Hospital, Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Institusi pada…

LTTE: Pendakwaan batal mungkin sebab teknikal

MUpdate, 6/11/2019 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak terkejut dengan tindakan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran. Abdul Hamid berkata, perkara itu adalah normal dalam pendakwaan dan ia mungkin berpunca daripada…

SKMM : Pancaran Radiasi Menara Telekomunikasi Tak Bahaya

M Update, 6/11/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak menjejaskan kesihatan masyarakat sekitar termasuk golongan warga tua dan kanak-kanak. SKMM dalam kenyataan, hari ini, berkata pembinaan atau penempatan menara telekomunikasi dilakukan mengikut garis panduan ditetapkan. “Ini termasuk jarak antara menara telekomunikasi…

Caj Tambahan Parking Touch N’ Go Akan Dihapuskan

M Update, 6/11/2019 – Penghapusan caj tambahan 10 peratus kad pembayaran elektronik Touch n’ Go di tempat letak kereta setakat ini tidak dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana ia masih tertakluk kepada kontrak yang dimeterai dengan syarikat berkenaan sebelum ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong…

KDN Gubal RUU Bahan Khayal Tangani Ketagihan Gam

M Update, 6/11/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka undang-undang khusus bagi menangani masalah ketagihan gam dan bahan khayal. Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Azis Jamman, menjelaskan pihaknya kini giat menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Bahan Khayal supaya dapat dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat. KDN juga akan meminda Akta Penagihan…

Kes LTTE : ADUN Seremban Jaya Bebas Dua Pertuduhan

M Update, 6/11/2019 – Mahkamah Sesyen Seremban hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran. Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum…

PRK Tanjung Piai : Laluan Khas Singapura Akan Dibuka

M Update, 6/11/2019 – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan kerjasama memberikan kemudahan dengan membuka laluan khas kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang bekerja atau tinggal di Singapura untuk balik mengundi 16 Nov ini. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan…

Tertuduh Kedua Minta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

M Update, 6/11/2019 – Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi hari ini. Turut mengundang kesedihan apabila Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan yang membahasakan…