Input your search keywords and press Enter.

Admin

4792 Articles0 Comments

‘Diplomasi Sambal Belacan’ Tunku Azizah

M Update, 25/10/2019 – Tanpa disedari ramai, ‘diplomasi sambal belacan’ secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari seorang…

LTTE : Hanya Ahli Keluarga Terdekat Sahaja Boleh Jumpa

M Update, 25/10/2019 – Polis membenarkan ahli keluarga terdekat tahanan disyaki ada hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bertemu sempena Deepavali. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka dibenarkan bertemu di pusat tahanan Ahad ini sempena perayaan Deepavali. Bagaimanapun kita hanya benarkan keluarga terdekat…

‘Bomba cilik’ Hidap Kanser Otak Meninggal Dunia

M Update, 25/10/2019 – Genap 20 hari hajat Ahmad Danial Ahmad Suhairi, 7, yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menjadi anggota bomba tercapai, namun hari ini dikhabarkan pemergian ‘bomba cilik’ itu menghadap Ilahi. Berita sedih itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona), Wan Shahriza Wan…

Banjir: 94 Penduduk Di Baling Berpindah

M Update, 25/10/2019 – Sembilan puluh empat mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling, selepas kampung mereka dilanda banjir semalam. Ini adalah kejadian banjir yang keempat melanda daerah berkenaan dalam tempoh sebulan. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, mangsa mula…

Bom Tangan Ditemui Bersama 3 Individu

M Update, 25/10/2019 – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama objek yang dipercayai sebutir bom tangan dalam sebuah kereta di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata suspek lelaki berumur 19…

CRS Jenis R44 Dan R129 Sahaja Diiktiraf Di Malaysia – MIROS

M Update, 25/10/2019 – Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia. Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan, berkata piawaian itu ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak…

Dr Mahathir Tiba Di Baku Untuk Sidang Kemuncak NAM Ke-18

M Update, 25/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di ibu negara Azerbaijan, malam tadi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-18. Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev pada jam 7.15 malam waktu tempatan (empat jam lewat waktu Malaysia). Ketibaan Dr Mahathir…

Ingkar Arahan Mahkamah : Harta Suami Dibekukan

M Update, 24/10/2019 – Jabatan Kehakiman SyariahMalaysia (JKSM) dalam rundingan bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksana tindakan membeku harta dan mengambil wang dari akaun bank suami yang ingkar keputusan mahkamah syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta…

Bapa Sujud Syukur Kematian Anak Terbela

M Update, 24/10/2019 – Tangisan dan suasana penuh emosi dirasai ahli keluarga mangsa bunuh selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini , menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tiga tertuduh yang didapati bersalah melakukan jenayah berkenaan. Ahli keluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik mangsa, Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar,…