Input your search keywords and press Enter.

Haiqal Halim

294 Articles0 Comments

Kereta api laju bukan keperluan mendesak – Tun M

M-Update,16/4/2019, CYBERJAYA: Tiada keperluan mendesak pada masa ini bagi Malaysia untuk membina kereta api berkelajuan tinggi (HSR), kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk meningkatkan jaringan sistem kereta api menerusi teknologi elektrik dan penggunaan landasan berkembar. “Pada masa ini, kereta api berkelajuan…

Kerajaan tidak usir penghuni PPR walaupun ada tunggakan sewa – Khalid

M-Update,16/4/2019, KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan tiada sebarang usaha untuk mengusir penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) walaupun mereka mempunyai masalah tunggakan sewa yang tinggi. Sebaliknya, katanya, kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha membantu menyelesaikan masalah dihadapi penyewa PPR menerusi pelbagai mekanisme termasuk membenarkan…

1 Jan 2020: Pulau Pangkor Bebas Cukai

M-Update,16/4/2019, Pulau Pangkor akan mendapat status bebas cukai pada 1 Januari tahun depan. Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkata kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan pulau itu sebagai cukai bebas. “Pelbagai usaha untuk merealisasikan status sedang berjalan. Usaha untuk membantu penduduk tempatan dalam mendapatkan usaha limpahan…

Pelajar jadi duta kesedaran pengguna

M-Update,16/4/2019, SANDAKAN: Pelajar disaran menjadi duta di sekolah masing-masing bagi memperluaskan pendidikan dan kesedaran kepenggunaan untuk membentuk generasi pengguna yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, program yang dilaksanakan kementerian dengan pihak sekolah itu akan membantu memberi kesedaran…

Sabah masih selamat

M-Update,16/4/2019, KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap Amerika Syarikat (AS) akan mengeluarkan negara ini daripada senarai ‘K’, iaitu berpotensi untuk penculikan di pantai timur negeri ini. Beliau berkata, Sabah adalah selamat dikunjungi dan pelancong dari China dan Eropah masih berduyun-duyun ke negeri ini termasuk Semporna dan Pulau…

Dua beradik sesat ketika mendaki Bukit Pelindung ditemui selamat

M-Update,16/4/2019, KUANTAN – Dua beradik wanita yang dilaporkan sesat  selepas memasuki kawasan hutan di Bukit Pelindung, di sini petang tadi ditemui selamat oleh orang awam di kaki bukit itu berhampiran Teluk Cempedak malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur 29…

SKMM perlu masa siapkan kajian teknologi 5G – SKMM

M-Update,16/4/2019, KUALA LUMPUR,– Malaysia masih lagi mengkaji penggunaan teknologi generasi kelima (5G) yang dipelopori China.Ketua Bahagian Teknologi dan Standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Dr Ahmad Nasruddin Atiqullah Fakruddin berkata laporan rasmi kajian keselamatan berhubung pembangunan infrastruktur 5G itu perlu diberi masa. “Isu kebimbangan keselamatan ini sememangnya diberi perhatian. Pihak…

Bunuh isteri dulu sebelum gantung diri

M-Update,16/4/2019, TASEK GELUGOR: Polis mengesahkan seorang wanita yang ditemui mati dalam bilik sewanya dekat sebuah rumah di Jalan Pokok Machang, di sini, pagi semalam dibunuh oleh suaminya sebelum lelaki itu bertindak menggantung diri dengan kain sari. Ia berdasarkan laporan bedah siasat daripada Unit Patalogi terhadap mayat wanita berusia 27 tahun…

Rumah panjang terbakar

M-Update,16/4/2019, BELAGA, — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu mengesahkan seramai 407 mangsa hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka di Uma Bawang, Sungai Koyan, di Skim Penempatan Semula Sungai Asap musnah dalam kebakaran petang semalam. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, kesemua mangsa itu adalah…