Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Wakil Khas AS Kesal Rundingan Damai Afghanistan Gagal

M Update, 19/04/2019 – Wakil khas Amerika Syarikat untuk proses kedamaian di Afghanistan meluahkan kekecewaan hari ini selepas pertemuan yang dirancang antara Taliban dan sekumpulan ahli politik di Qatar tidak berjaya, mendedahkan perpecahan mendalam yang menggagalkan usaha menamatkan perang. Delegasi seramai 250 ahli politik Afghanistan dan tokoh sivil dijangka bertemu…

Pilihan Raya Aman, Nilai Demokrasi Terhakis

M Update, 19/04/2019 –  Indonesia berjaya melaksanakan pilihan raya yang rumit tetapi dalam keadaan aman di negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, masih berusaha mengekalkan demokrasi di tengah-tengah kerajaan autoritarian, kata penganalisis. Pada Rabu lalu, negara kepulauan Asia Tenggara itu menyaksikan seramai 190 juta pengundi keluar mengundi untuk memilih presiden,…

Kanak-Kanak Lelaki Parah Diserang Anjing Liar

M Update, 19/04/2019 –  Seorang bapa berjaya menyelamatkan anak lelakinya daripada serangan dingo, iaitu anjing liar Australia, selepas beliau diseret haiwan itu dari kawasan perkhemahan di sebuah pulau di sini. Paramedik berkata, keluarga berkenaan sedang berkhemah di kawasan pedalaman di Pulau Fraser di pantai Queensland pada Khamis lalu, ketika mendengar…

Wanita Maut Ditembak Dalam Rusuhan Di Ireland

M Update, 19/04/2019 – Seorang wanita terbunuh selepas terkena tembakan ketika tunjuk perasaan di bandar Londenderry di utara Ireland semalam, menyaksikan polis turut diserang dengan bom petrol. Polis mengesahkan kematian wanita berusia 29 tahun itu menjelang tengah malam tadi sebaik keadaan di kawasan nasionalis Creggan kembali tenang. “Kami menganggapnya sebagai…

Lelaki Sokong Brexit Kena Penjara

M Update, 19/04/2019 – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 bulan semalam, selepas didapati bersalah menghantar e-mel berbentuk ugutan dan menghina kepada tujuh ahli Parlimen yang membantah pelaksanaan Brexit. Minggu lalu, Jarod Kirkman, 51, mengaku menggunakan akaun e-mel palsu untuk menghantar ‘komunikasi berniat jahat’ kepada beberapa pengamal undang-undang. Kesemua penerima…

Perdana Menteri Mali, Kerajaan Letak Jawatan

M Update, 19/04/2019 –  Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kerajaan meletak jawatan semalam, empat minggu selepas pembunuhan beramai-ramai membabitkan 160 penternak puak Fulani oleh kumpulan pelampau etnik mengejutkan negara itu. “Presiden menerima peletakan jawatan perdana menteri dan seluruh anggota kerajaan,” menurut satu kenyataan dari pejabat Presiden Ibrahim…

Tindakan Keras, Jika Cetus Demonstrasi – Polis Indonesia

M Update, 18/04/2019 –  Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan demonstrasi, sebaik saja bekas jeneral menolak keputusan tidak rasmi pilihan raya yang memihak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebagai pemimpin untuk penggal kedua, negara demokrasi ketiga terbesar di dunia. Ketua Polis Negara, Tido Karnavian berkata,…

Boeing Laksana Ujian Akhir Guna Perisian Diperbaharui

M Update, 18/04/2019 – Boeing sudah menjalankan ujian penerbangan terakhir menggunakan sistem anti-pegun yang diperbaharui ke atas model 737 MAX menjelang pensijilannya oleh pihak berkuasa penerbangan, kata pengeluar pesawat udara itu hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Dennis Muilenberg sempat memuat naik video di twitter mengesahkan penerbangan ujian itu dijalankan Selasa…

Pelan Pemindahan Kontigensi Selamat Khazanah Notre-Dame

M Update, 18/04/2019 – Dianggarkan 90 peratus daripada relik berharga dan karya seni yang tersimpan di gereja besar Notre-Dame de Paris berjaya diselamatkan daripada kebakaran Isnin lalu berikutan pelan pemindahan kontigensi yang berkesan, kata seorang penilai insuran semalam. Penilai insuran, Michel Honor, yang juga pengarah seni halus di Sedgwick diberi…

Pelancong Malaysia Cedera Gempa Bumi 6.1 Landa Taiwan

M Update, 18/04/2019 –  Dua lelaki termasuk seorang pelancong Malaysia cedera ditimpa runtuhan batu dalam gempa bumi berukuran magnitud 6.1 yang melanda Taiwan hari ini. Gegaran itu menyebabkan beberapa bangunan pencakar langit bergoyang selain menjejaskan lalu lintas. Di ibu negara ini, bangunan pencakar langit bergoyang menyebabkan murid sekolah panik dan…