M Update, 29/01/2021 – Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 29,331 orang. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. daripada 476 kes…
M Update, 21/01/21 – Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, dengan Malaysia selaku tuan rumah membuka tirainya di sini hari ini. Mesyuarat secara maya selama dua hari itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan ucaptama secara…
M Update, 14/01/2021 – Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini, khususnya melalui laluan tikus dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata usaha ini selaras dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang…
M Update, 14/01/2021 – Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19. Bagaimanapun punca kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, 44, belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum…
M Update, 11/01/2021 – Jumlah mangsa hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Jawa Barat Indonesia meningkat kepada 27 orang manakala angka korban kekal 13 orang. Ketua Unit Kecemasan Pengurusan Bencana Wilayah, Budi Budiman berkata kejadian di kampung Cihanjuan, Kabupaten Sumedang pada Sabtu itu disebabkan hujan lebat. “Kami telah menerima…
M Update, 11/01/2021 – Operasi 24 jam bagi mengesan mangsa korban, bangkai dan kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas di perairan Kepulauan Seribu memasuki hari ketiga hari ini. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan lebih banyak serpihan badan dan enjin pesawat manakala setakat 10.30 pagi ini, jumlah…
M Update, 31/12/2020 – Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial dan bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah…
M Update, 30/12/2020 – Tiada rakyat Malaysia yang berdaftar tinggal di pusat gempa bumi di Petrinja, sebuah bandar kira-kira 60 kilometer dari ibu negara Croatia, Zagreb. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb telah berjaya menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal di Zagreb dan tiada…
M Update, 30/12/2020 – Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM) Seri Paduka bertitah UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam…
M Update, 24/12/2020 – Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK) meminta penggemar aktiviti berbasikal di negeri ini mengambil berat aspek keselamatan jalan raya sebelum menjalani aktiviti sukan tersebut. Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata aspek itu penting berikutan kebelakangan ini aktiviti sukan berkenaan menjadi tumpuan masyarakat sehingga mendapat kritikan susulan ada beberapa…