Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Sambut Ulang Tahun Ke-101 Di Mekah

M Update, 22/7/2019 – Tidak terbayang di fikirannya bahawa pada usianya menginjak ke 101 tahun Abdul Gapak Mahmud dijemput menjadi duyufurrahman atau tetamu ALLAH , apatah lagi hari lahirnya disambut Muassasah Asia Tenggara dalam sebuah majlis di Abraj Janadriyah hari ini. Abdul Gapak, seorang bekas nelayan dari Kudat, Sabah, menunaikan…

1,700 bomba berusaha padam kebakaran di Portugal

M Update, 22/07/2019 –  Kapal terbang dan helikopter, selain hampir 2,000 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan di kawasan tengah negara ini. Pada 2017, lebih 100 mangsa maut selepas kebakaran melanda wilayah pergunungan itu. Perkhidmatan penyelamat berkata, kira-kira 1,700 anggota bomba dengan dilengkapi 400 kenderaan sudah dikerah untuk memadamkan kebakaran…

Seorang tentera Indonesia maut ditembak pemisah Papua

M Update, 22/07/2019 – Seorang tentera Indonesia terbunuh ketika pertempuran dengan pemisah di wilayah Papua ketika dia sedang mengawal tapak sebuah bangunan, kata tentera. Sekumpulan tentera ditugaskan untuk memantau pembinaan jambatan di kawasan pedalaman daerah Nduga, kawasan yang sama tentera diserang tahun lalu. “Ia berlaku sangat pantas, beberapa siri tembakan…

8 murid maut trak terbalik

M Update, 19/07/2019 – Lapan murid antara sembilan penumpang yang maut selepas trak dinaiki terbalik ketika dalam perjalanan menghadiri acara sukan di Filipina tengah, hari ini. Datuk Bandar, Merlou Derama memberitahu AFP brek trak itu gagal berfungsi ketika menurun jalan di kawasan pergunungan berhampiran bandar Boljoon. Menurut Derama, trak terbabit…

Tetak isteri lepas kalah judi

M Update, 19/07/2019 – Seorang kaki judi didapati bersalah atas tuduhan membunuh isterinya dengan menetak wanita itu dengan pisau pemotong daging sebanyak 58 kali kerana marah selepas kalah bertaruh. Jalal Uddin, 47, menetak isterinya, Asma Begum di kepala, muka, leher dan belakang sebanyak 58 kali di kediaman mereka di Canning…

Bakar bangunan kerana plagiat

M Update, 19/07/2019 – Seorang lelaki yang disyaki memulakan kebakaran di sebuah studio animasi di barat Jepun, semalam, mendakwa karyanya diciplak dan merancang untuk melakukan serangan berkenaan. Angka kematian dalam kebakaran di syarikat Kyoto Animation kini mencecah 33 orang manakala puluhan lagi cedera yang dianggap sebagai pembunuhan besar-besaran dalam tempoh…

Lelaki gigit ular sampai mati selepas dipatuk

M Update, 19/07/2019 –  Seorang lelaki yang marah akibat dipatuk ular sempat membalas dendam dengan menggigit reptilia berbisa itu hingga mati sebelum dia sendiri meninggal dunia ketika dirawat di hospital. Mail Online melaporkan, Parvat Gala Baria, 60, meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat dipatuk ular di muka ketika bekerja di…

Angka rasmi kematian akibat perang dadah Filipina 5,526 orang

M Update, 19/07/2019 – Berdepan siasatan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam perang dadah, Filipina mendedahkan angka kematian baharunya hari ini bagi membalas jumlah lebih tinggi yang dikemukakan pengkritik. Namun kumpulan hak asasi menuduh kerajaan menggunakan data separa untuk mengelirukan dan berkata, walaupun angka rasmi lebih 5,500 terbunuh…

Lebih 250 maut akibat banjir di Asia Selatan

M Update, 18/07/2019 – Banjir akibat hujan lebat yang melanda seluruh Asia Selatan menyebabkan angka korban kini melepasi 250 orang semalam, dengan pihak berkuasa berdepan cuaca terburuk di sesetengah rantau. Hujan lebat tahunan itu penting untuk menambah bekalan air di rantau miskin itu namun musim monsun dari Jun hingga September…

Kanak-kanak berjaya jejaki penulis surat dalam botol

M Update, 18/07/2019 – Seorang kanak-kanak lelaki berjaya menemui sepucuk surat di dalam botol di sebuah pantai di pedalaman Australia, dipercayai milik seorang lelaki Britain, yang menaiki kapal menuju ke negara itu kira-kira 50 tahun lalu. Namun, stesen penyiaran ABC melaporkan, Jyah Elliott, 9, perlu menunggu buat seketika untuk bertemu…