Input your search keywords and press Enter.

Dunia

26 maut ketika tangkap udang kara

M Update, 04/07/2019 – Seramai 26 maut apabila bot nelayan bagi menangkap udang kara, dilaporkan karam di perairan Honduras berikutan cuaca buruk. “Seramai 47 mangsa berjaya diselamatkan dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Puerto Lempira,” kata jurucakap tentera, Jose Domingo Meza. Ketika kejadian, pelbagai bot nelayan dilaporkan berkumpul di perairan Honduras…

Mexico bebas 27 mangsa culik di Cancun

M Update, 04/07/2019 – Lima suspek kes culik berjaya ditahan, susulan kejadian penculikan lebih 20 kakitangan pusat panggilan, dipercayai terbabit dalam pertikaian perniagaan di bandar pelancongan Cancun, di sini. Peguam Negara, Quintana Roo, Oscar Montes de Oca, berkata kesemua kakitangan pusat panggilan dan pemilik perniagaan itu berjaya dibebaskan oleh pihak…

Perkhidmatan Facebook, Instagram & WhatsApp kembali pulih

M Update, 04/07/2019 – Syarikat media sosial Facebook mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka kembali pulih 100 peratus, lewat Rabu selepas gangguan teknikal yang menjejaskan jutaan pengguna di beberapa lokasi dunia. Perkhidmatan pemantauan internet, DownDetector terdahulu melaporkan bahawa masalah teknikal itu bermula kira-kira 12 tengah hari GMT (8 malam semalam) dan memberi…

4 maut, 21 hilang bot terbalik di barat laut Pakistan

M Update, 04/07/2019 – Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 21 lagi hilang selepas sebuah bot karam di barat laut Pakistan, kata pihak berkuasa hari ini, dengan misi mencari diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih hidup. Bot berkenaan sedang membawa penumpang di Sungai Indus dari Shangla ke daerah Haripur di wilayah…

Jepun arah lebih sejuta penduduk Kagoshima berpindah

M Update, 04/07/2019 –  Jepun mengarahkan lebih satu juta penduduk berpindah berikutan kebimbangan berlakunya tanah runtuh dan banjir, akibat hujan lebat berterusan yang melanda bahagian selatan negara itu. Bagaimanapun, data rasmi menunjukkan, sehingga pagi tadi, hanya 3,000 penduduk sudah berpindah di pusat perlindungan di wilayah Kagoshima. Amaran itu dikeluarkan setahun…

Bayi lelaki, wanita hamil ditikam meninggal dunia

M Update, 04/07/2019 – Bayi lelaki yang dilahirkan sejurus ibunya ditikam di ibu kota ini dilaporkan meninggal dunia, kata polis semalam. Pegawai menerusi kenyataan berkata, anak kepada Kelly Mary Fauvrelle yang dinamakan sebagai Riley, meninggal dunia awal pagi tadi selepas kritikal selama empat hari. Fauvrelle, yang hamil lapan bulan dibunuh…

200 mayat ditemui dalam kubur besar di Syria

M Update, 04/07/2019 – 200 mayat termasuk mangsa yang dipercayai dibunuh kumpulan militan Daesh (IS) ditemui berhampiran bandar Raqa, Syria, kata pihak berkuasa tempatan hari ini. Kubur besar itu mengandungi lima mayat lelaki pertengahan usia, lengkap dengan seragam berwarna oren yang biasa dipakai tahanan IS, kata Yasser al-Khamees dan Pemerhati…

Tetamu majlis hari jadi Imelda Marcos keracunan makanan

M Update, 04/07/2019 – Lebih 200 tetamu majlis hari jadi ke-90 bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos, jatuh sakit disyaki keracunan makanan selepas menikmati hidangan. Ambulans segera membawa rakan dan penyokong balu diktator Ferdinan Marcos itu yang muntah dari stadium sukan di Manila, menyaksikan 2,500 orang berkumpul sempena sambutan itu.…

Kapal Russia tenggelam, 14 anak kapal maut

M Update, 03/07/2019 – Seramai 14 anggota tentera laut Russia terbunuh dalam kebakaran ketika mengadakan penyelidikan, selepas kapal yang dinaiki tenggelam di utara negara itu. Susulan itu, Presiden Vladimir Putin mengarahkan siasatan dijalankan mengenai punca tragedi itu. Pada 2000, sebuah kapal selam milik Russia, iaitu Kursk tenggelam hingga meragut nyawa…

CEO Baidu disimbah air ketika berucap

M Update, 03/07/2019 – Seorang lelaki merempuh naik ke atas pentas dan menyimbah air di atas kepala Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, Robin Li, ketika pengasas enjin pencarian dominan China itu berucap pada majlis Artificial Intelligence hari ini. Tindakan bantahan di khalayak itu jarang berlaku di bandar raya besar di China…