Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Jepun lulus ubat kanser RM1.7 juta

M Update, 15/05/2019 – Kerajaan Jepun meluluskan ubat untuk rawatan kanser jenama Kymriah keluaran Novartis pada harga 33.5 juta yen (RM1.7 juta) hari ini, menjadikan ia ubat untuk rawatan terapi CAR-T pertama di negara itu. Syarikat pengeluar ubat dari Switzerland itu mensasarkan rawatan terapi peribadi sekali itu untuk kanak-kanak dan…

Prabowo enggan terima keputusan akhir KPU, 82 peratus undi sudah dikira

M Update, 15/05/2019 – Calon presiden Prabowo Subianto dan gandingannya Sandiaga Uno enggan menerima keputusan kiraan undi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, yang didakwa melakukan penipuan. “Kami masih berharap untuk KPU, namun pendirian saya jelas. Saya akan menolak keputusan menipu. Kami tidak boleh menerima ketidakadilan dan ketidakjujuran dalam pelaksanaan…

Tentera Sudan, pemimpin bantahan setuju tempoh peralihan 3 tahun

M Update, 15/05/2019 – Pemerintah tentera Sudan dan pemimpin bantahan hari ini bersetuju terhadap tempoh peralihan tiga tahun untuk memindahkan kuasa kepada pentadbiran awam sepenuhnya walaupun ketika rundingan berhubung badan pemerintah baharu berdaulat masih belum selesai. Pergerakan bantahan menuntut satu peralihan diketuai kerajaan awam susulan pemerintahan kuku besi selama 30…

Pembuat dasar AS mahu ketatkan visa pelajar, penyelidik China

M Update, 15/05/2019 – Sekumpulan anggota Kongres Republikan memperkenalkan satu rang undang-undang semalam, bertujuan melarang sesiapa yang digaji atau ditaja tentera China daripada menerima visa pelajar atau penyelidik ke Amerika Syarikat (AS). Rang undang-undang itu memerlukan kerajaan AS mewujudkan senarai institusi saintifik dan kejuruteraan dikaitkan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China…

Usaha cari 2 mangsa kemalangan pesawat laut diteruskan

M Update, 15/05/2019 – Pasukan penyelamat dan penyelaman terus berusaha mencari dua orang yang masih hilang selepas dua pesawat laut bertembung di udara, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang, kata Pengawal pantai Amerika Syarikat. Pencarian dua orang yang hilang, warga Australia dan Kanada itu diteruskan ketika penyiasat persekutuan memulakan siasatan berhubung kemalangan…

TPM : Malaysia Dikenali Berintegriti, Antirasuah

M Update, 15/5/2019 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan mahu Malaysia dikenali sebagai negara berintegriti dan antirasuah di persada antarabangsa. Beliau berkata, susulan itu, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu dengan menubuhkan Pusat Governans,…

Sri Lanka haram 3 pertubuhan Islam

M Update, 15/05/2019 – Kerajaan Sri Lanka mengharamkan tiga kumpulan militan Islam, termasuk National Thowheeth Jama’ath (NTJ) yang melancarkan serangan ganas paling buruk negara itu ketika sambutan Easter yang mengorbankan lebih 250 orang. Presiden Maithripala Sirisena mengeluarkan gazet luar biasa mengharamkan beberapa pertubuhan kelmarin. Beliau juga mengharamkan penggunaan dron di…

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Malaysia-Singapura capai kejayaan

M Update, 15/5/2019 – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Malaysia-Singapura mengenai Perbatasan Sempadan Maritim yang diadakan di sini semalam mencapai kejayaan, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Malaysia (MOFA), Datuk Seri M Shahrul Ikram Yaakob, dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura,…

Gempa bumi 7.5 di Papua New Guinea cetus amaran tsunami

M Update, 15/05/2019 – Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda luar pantai Papua New Guinea hari ini, dengan kemungkinan ancaman gelombang tsunami dikeluarkan di negara itu. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku pada kedalaman 44 kilometer dari timur laut Kokopo di Papua New Guinea. “Ia sangat…

Batam berjaga-jaga susulan kes cacar monyet di Singapura

M Update, 14/05/2019 –  Pentadbiran Batam sudah memulakan langkah pencegahan penyebaran potensi penyakit cacar monyet selepas Singapura melaporkan kes pertama virus jarang ditemui itu baru-baru ini. Minggu minggu lalu, Singapura melaporkan, ia mengenal pasti satu kes cacar monyet yang dibawa seorang lelaki Nigeria, didakwa dijangkiti virus terbabit selepas makan daging…